Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Wednesday, December 21, 2011

3.mei.2011

3.mei.2011


hah!baiklah kita sambung untuk kumpulan ketiga yang boleh dikatakan hot ,iaitu:


TND(ketuanya ialah amirul)
-bad
-cupak
-hazmi


diaorang satu-satunya kumpulan lelaki yang wujud dalam kalangan budak2 aku......ermmmm diaorang banyak couple ngan budak2 top iaitu kumpulan untitled...hehehehe

Friday, December 16, 2011

2.mei.2011

2.mei.2011


hah!antara jenis-jenis manusia yang ada dalam sekolah aku ialah kumpulan pelajar-pelajar,dia orang buat kumpulan sendiri,kita mulakan dengan kumpulan paling top hingga kumpulan yang biasa sahaja,kumpulan:


1.(untitled) itulah nama kumpulan diaorang,diwakili oleh 7 orang gadis iaitu:


1.syaza nur balqis
2.ezyan emira
3.syurah shahira
4.syida kamelia
5.wisha serina
6.zetty izzati
7.nur syazayani


ketuanya tidak diketahui


2.(Miss Whatever)kumpulan ini kedua top,diwakili 5 orang ahli yang kesemuanya perempuan,ketuanya juga tidak diketahui


1.julia ridhson
2.sally shahila
3.marsha sabrina
4.echa izyan
5.tyra atiqa


kumpulan yang lain nanti akan diberitahu,setakat ni 2 sahaja....

Thursday, December 15, 2011

my diary
1.mei.2011

HAI!!!NAMA AKU EFFA EFLIANA,INI DIARI PERTAMA AKU SEUMUR HIDUP,AKU LAHIR 17.5.1998,BERMAKNA TAHUN INI AKU FORM 1....AKU ADA TIGA ORANG ADIK - BERADIK.

1.MUHAMMAD ISKANDAR BIN KHAIRULHAIRI
2.EFFA EFLIANA BINTI KHAIRULHAIRI
3.HAZIM BIN KHAIRULHAIRI

ITULAH ADIK BERADIK AKU,NAMA AYAH AKU KHAIRULHAIRI,IBU AKU PULAK AZILAWATI,HAH!LUPA PULAK AKU BERSEKOLAH DI SEKOLAH TANJUNG INTAN,SEKOLAH NI SPECIAL SIKIT,SEKOLAH NI ADA 4 BIDANG SENI IAITU 

1.TEATER 

2. TARI

3.MUZIK

4.VISUAL

DAN SEKOLAH NI PELIK SIKIT,BUKANNYA PELIK MACAM MANA PUN TAPI SEKOLAH NI ADA MACAM-MACAM JENIS MURID DAN GURU,KALAU NAK TAHU APA JENIS TU...TUNGGU NANTI AKU CERITA.....

Wednesday, December 7, 2011

teman



Hidup ni rasa bosan kalau kita x de kawan, kawan paling aku sayang,paling aku perlukan dan sentiasa ada waktu aku susah dan jugak senang.....kadang-kadang bila aku tengok dia dia macam kakak aku yang x pernah  bosan layan kerenah aku,walaupun skang aku dah sekolah kat sekolah seni malaysia johor bharu,aku still berhubung lagi ngan dye.....bila aku sedih kat asrama aku call dye.....bila aku balik cuti aku jumpa dia.....argghhhh"athirah aku perlukan kau!!!!!!!!!!!"sebab kau sorang je yang sanggup tadah air mata aku,dengar jeritan aku,selami gelora hidup aku,temani aku berlari hingga ke hujung dunia dan jadi tulang belakang aku (walaupun aku dah ada tulang belakang),kadang-kadang aku rasa kaulah wanita paling sempurna yang pernah aku jumpa dalam hidup aku,(hehehehe)

hati

wahai kawan ku, ingin sekali aku menjerit biar seisi alam tahu, tapi siapakah yang sanggup mendengar jeritan ini,kalau kekusutan hati ini mampu dizahirkan menjadi sebuah lukisan, aku pasti warna-warna sangat buruk yang pernah tercatat dalam sejarah lukisan.

dunia

bangun pagi sahaja, mataku sudah terbeliak, seperti mahu terkeluar....'Alangkah cantiknya' hatiku memuji, 'semalam sewaktu sampai di sini tempat ini nampak sunyi dan kosong' aku mengomel sendiri, tanpa berlengah aku terus berlari, tiba sahaja di luar rumah kaki seakan tidak mampu bergerak....cantik sangat cantik,aku bagai terpukau dengan keindahan tempat ini, tiba-tiba locenf di balai raya berdekatan berbunyi sebanyak 3 kali, satu lagi kejutan yang mampu membuat aku membeku,orangnya....muka penduduk disini semuanya berbentuk kotak pelbagai saiz. Ramah,ya,penduduknya sangat ramah,setahu aku inilah kali pertama aku melihat mereka, kerana sewaktu aku menjejak kaki di tempat ini,kawasanya sunyi seperti tiada makhluk yang hidup disini,tapi mereka seakan tidak tidak kisah dan melayan aku dengan baik sekali macam aku penduduk disini,tiba-tiba badanku di goncang dengan sangat kuat, bila aku membuka mata wajah ibu ku berbalam-balam diruang mata,argggghhh.....hatiku menggerutu 'mimpi lagi'......

Tuesday, December 6, 2011

novel:akukah puteri imaginasi itu?




Bab 1
Puteri raja?
            Angin bertiup lembut menyanyikan irama syahdu, angin berarak mengikut rentak bayu, burung menyanyi  riang di pagi hari, kelihatan seorang puteri raja yang sangat cantik bersama dayang-dayangnya sedang bermain di pekarangan taman diraja.Ya, puteri itu sangat cantik, matanya bulat, penuh dan bercahaya seperti bulan mengambang, keningnya cantik seperti dilukis, bibirnya munggil dan merah bak delima, alis matanya lentik seperti bulan sabit, kulitnya putih seputih salju dan mulus seperti kain sutera, kukunya runcing, rambutnya panjang dan ikal mayang itulah keistimewaan Puteri Fazura, kecantikan puteri bongsu Raja Iskandar itu menjadi buah mulut rakyat di negeri Qiara, hinggakan ada putera-putera dari negeri lain yang pernah untuk melamar Puteri Fazura merajuk dan tidak mahu berkahwin sampai bila- bila, gara-gara lamarannya di tolak mentah-mentah. Bagi Puteri Fazura dia masih belum temui cinta sejatinya lagi, sedang leka bermain tiba-tiba negeri Qiara digemparkan dengan jeritan seekor raksasa,”Fazura!!!Fazura!!!!”, Puteri Fazura sangat terkejut bagaimana raksasa itu boleh tahu namanya, tiba-tiba ada seorang budak lelaki menyapanya, ”Kak!mama panggil” dia menoleh ke belakang, adiknya Daniel yang dari tadi terpacak di depan muka pintu biliknya kelihatan pelik melihat perangai kakaknya yang dari tadi tidak menghiraukan panggilan mamanya, ’Ish, orang tengah sedap-sedap berangan kacau betul la,   ’ gerutu hatinya. ”Ya, mama,”dia sudah keluar dari biliknya dan ingin menuruni tangga, Puan Atasha yang dari tadi sibuk meyusun pinggan terus menoleh kearah anak gadisnya yang baru turun itu, ”kamu buat apa fazura,mama panggil dari tadi tidak menyahut lansung”Puan Atasha bertanya dalam nada yang kurang senang, fazura jelas menunjukkan riak serba salahnya kerana tidak menyahut panggilan mamanya, ”faz, dalam tandas tadi, ”bohongnya, ”Dalam tandas ataupun sedang berangan ”teka mamanya, fazura hanya tersengih mendengar tekaan mama nya, 'Macam mana mama tahu’soalnya di dalam hati, Puan Atasha yang dari tadi melihat sengihan anaknya yang cute itu terus memberi arahan, ”Ni, tolong mama basuh sayur ni” arah Puan Atasha kepada fazura yang dari tadi tersengih, fazura hanya akur sahaja terhadap arahan mamanya, ”Alangkah segarnya daun ini kan Kenanga, ”Tanya Puteri Fazura kepada Kenanga  dayangnya yang sering membantu nya, ”Ya, betul tu Tuan Puteri, sungguh segar daun ini, ”jawab Kenanga, ”Kita mahu masak apa hari ni Kenanga?” soal puteri fazura lagi, ”Hah!hari ni kita masak sayur  kangkung ya, Tuan Puteri, cepat sikit buat kerja tu jangan nak berangan sahaja!” Puan Atasha sudah pun berdiri disebelah fazura yang dari tadi bercakap sendiri seperti orang tidak betul, ”Ish,mama ni beri la salam dulu,buat faz terkejut je, kalau sepuluh kali mama buat macam tu, sepuluh kali faz meninggal sakit jantung, ”fazura sudah pun mebebel kepada mamanya, Puan Atasha hanya tersenyum melihat gelagat anaknya,’ada ke patut dah meninggal boleh hidup balik?’omel Puan Atasha di dalam hati.

             Tepat pukul 12.00 tangah hari Encik Iskandar sudah pun pulang, Encik Iskandar berkeja sebagai Arkitek, ”Abang nak makan?” sapa Puan Atasha kepada suaminya, mereka sekeluarga sudah pun berada di  meja makan, ”Ermmm,sedap baunya, ” komen Encik Iskandar, ”Sedapkan bang, teka la sapa yang tolong tasha masak?” Tanya Puan Atasha kepada suaminya, dahi Encik Iskandar berkerut-kerut meneka siapa yang menolong isterinya memasak, Puan Atasha yang geli hati melihat gelagat suaminya berkerut dahi memikir terus berkata ” Hai! abang ni siapa lagi kalau bukan anak dara abang yang seorang ni, ” kata Puan Atasha, Daniel yang dari tadi diam terus menyampuk, ” Hah!kakak memasak? wah! hebat sanggup cemar duli tidak mahu masuk dapur”seloroh Daniel, ada gelak kecil dihujung ayatnya, Puan Atasha dan Encik Iskandar hanya tergelak mendengar kata Daniel, fazura yang dari tadi tidak menyampuk, terus memuncung, kalau diukur muncungnya itu boleh dikira sedepa panjangnya, Puan Atasha yang menyedari perubahan riak wajah fazura terus memujuk, ”ermmm...sedap anak mama masak, ” Puan Atasha sudah pun menyuap suapan pertama itu, fazura yang dari tadi memuncung kerana diperli terus tersenyum, setelah selesai menikmati makanan tengahari,fazura terus berlari menuju kebilik,

Monday, December 5, 2011

mimpi

Hidup ini bagai seutas benang yang telah digumpalkan sehingga kita sendiri susah untuk leraikan semuanya,begitulah hidupku,ada masa aku rasa seperti orang disekeliling tidak pernah memerlukan aku,tapi ada masa aku rasa diperlukan,tapi aku selalunya jadi pilihan yang kedua,walaupun aku hidup dalam keadaan yang serba sempurna,punya keluarga yang bahagia,kawan-kawan dan segala-galanya,tapi entah kenapa aku rasa corak perjalan hidupku seakan rumit,rumit untuk aku membuat mereka faham akan segala isi hidupku,kalau ianya boleh dizahirkan menjadi sebuah lukisan aku pasti warna-warnanya pasti sangat buruk yang pernah tercatat dalam sejarah lukisan di dunia,aku masih ingat sewaktu aku sedang menangis selepas dimarahi oleh nenekku sewaktu umur ku 6 tahun,atukku selalu berpesan "hidup kita mengalas takdir anggap sahaja apa yang terjadi kepadaku adalah yang tebaik untuk semua orang",'benar takdir telah terlakar sebaik roh berada didalam jasad,tapi kenapa yang terlakar itu sering tidak berpihak padaku? takdir allah adalah yang terbaik,tapi kenapa aku masih terasa kesakitannya,'aku jadi geram,geram kepada orang sekeliling yang tidak pernah cuba untuk memahami ku,walaupun dari luaran aku bukannya didera tapi dalaman aku rasa seperti semuanya tidak kena,aku rasa seperti orang bodoh yang duduk dikalangan orang bijak pandai,dan kini aku masih mengaharapkan sedikit kepercayaan mereka untuk aku terus bangkit,sampai tika ini aku rasa seperti mahu berlari ke hujung dunia yang tiada sesiapa di situ, hanya aku sorang, untuk melepaskan segala-galanya tapi apakan daya kedua kaki ku ini tidak mungkin boleh berlari sejauh itu,kadang-kadang aku binggung dengan mereka,ada masa aku rasa aku terlalu dekat dengan mereka bagai angin yang lalu di tengguk tapi dalam sekelip mata sahaja kau rasa aku terlalu jauh dengan mereka bagai bumi dengan planet sedna yang berbillion jauhnya,aku ingin menangis tapi siapa yang sanggup menadah air mata ini,aku ingin menjerit tapi siapa yang sanggup mendengar jeritanku ini......dan akhirnya aku hanya diam memendam rasa seperti orang bisu yang tidak punya suara....
setiap makhluk di muka bumi ini dijadikan berpasangan seperti bulan dan matahari,siang dan malam,sejuk dengan panas,dan tidak terkecuali seperti aku,aku adalah seorang wanita yang sukar untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuh hati aku...tapi kehadiran nya telah mengubah segala-galanya,senyumannya yang ikhlas,gerak gaya bahasa badannya,dan rambutnya yang bergerak bila ditiup angin cukup menjadikannya seorang lelaki yang sempurna dimata aku,bila dia tersenyum cukup membuatkan wajah ku berekspresi sendiri,gemersik suaranya boleh membuat aku terlena belayar mimpiku bersamanya,pergerakkan nya sangat indah sehingga aku sendiri terleka mencipta duniaku dan dia,redup matanya,senyuman yang terukir dibibir,dadanya yang bidang dan tangan nya yang sasa seperti sebuah likisan yang sangat indah......tapi semakin aku cuba untuk menangkap bayangnya semakin jauh dia berlari......dan kini aku harus mengahabiskan seluruh sisa hidupku untuk mengejar bayangnya......

hidup

hidup ini bagai sesuatu yang sukar untuk aku jangka kan ....kadang-kadang aku pun pernah terfikir untuk melakukan sesuatu dalam hidup....banyak terlalu banyak yang aku ingin lakukan....sampai tak tercapai....aku pernah terfikir untuk jadi seorang artis yang popular...seorang peguam.....seorang yang di hormati.....tapi boleh ke....aku sentiasa rasa tewas....tewas dalam setiap langkah yang aku ambil,orang akan pandang aku yang kedua.....orang sekelilng hanya akan pandang aku seperti seorang manusia yang tidak punya perasaan....aku bukan nyer seorang yang panas baran jadi orang akan sentiasa sakit kan hati aku.....kalau aku marah aku akan cepat reda jadi orang akan sentiasa membuat aku marah.....kadang-kadang aku sendiri yang jadi marah dengan diri aku....