Monday, December 5, 2011

mimpi

Hidup ini bagai seutas benang yang telah digumpalkan sehingga kita sendiri susah untuk leraikan semuanya,begitulah hidupku,ada masa aku rasa seperti orang disekeliling tidak pernah memerlukan aku,tapi ada masa aku rasa diperlukan,tapi aku selalunya jadi pilihan yang kedua,walaupun aku hidup dalam keadaan yang serba sempurna,punya keluarga yang bahagia,kawan-kawan dan segala-galanya,tapi entah kenapa aku rasa corak perjalan hidupku seakan rumit,rumit untuk aku membuat mereka faham akan segala isi hidupku,kalau ianya boleh dizahirkan menjadi sebuah lukisan aku pasti warna-warnanya pasti sangat buruk yang pernah tercatat dalam sejarah lukisan di dunia,aku masih ingat sewaktu aku sedang menangis selepas dimarahi oleh nenekku sewaktu umur ku 6 tahun,atukku selalu berpesan "hidup kita mengalas takdir anggap sahaja apa yang terjadi kepadaku adalah yang tebaik untuk semua orang",'benar takdir telah terlakar sebaik roh berada didalam jasad,tapi kenapa yang terlakar itu sering tidak berpihak padaku? takdir allah adalah yang terbaik,tapi kenapa aku masih terasa kesakitannya,'aku jadi geram,geram kepada orang sekeliling yang tidak pernah cuba untuk memahami ku,walaupun dari luaran aku bukannya didera tapi dalaman aku rasa seperti semuanya tidak kena,aku rasa seperti orang bodoh yang duduk dikalangan orang bijak pandai,dan kini aku masih mengaharapkan sedikit kepercayaan mereka untuk aku terus bangkit,sampai tika ini aku rasa seperti mahu berlari ke hujung dunia yang tiada sesiapa di situ, hanya aku sorang, untuk melepaskan segala-galanya tapi apakan daya kedua kaki ku ini tidak mungkin boleh berlari sejauh itu,kadang-kadang aku binggung dengan mereka,ada masa aku rasa aku terlalu dekat dengan mereka bagai angin yang lalu di tengguk tapi dalam sekelip mata sahaja kau rasa aku terlalu jauh dengan mereka bagai bumi dengan planet sedna yang berbillion jauhnya,aku ingin menangis tapi siapa yang sanggup menadah air mata ini,aku ingin menjerit tapi siapa yang sanggup mendengar jeritanku ini......dan akhirnya aku hanya diam memendam rasa seperti orang bisu yang tidak punya suara....

No comments:

Post a Comment