Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Tuesday, December 6, 2011

novel:akukah puteri imaginasi itu?




Bab 1
Puteri raja?
            Angin bertiup lembut menyanyikan irama syahdu, angin berarak mengikut rentak bayu, burung menyanyi  riang di pagi hari, kelihatan seorang puteri raja yang sangat cantik bersama dayang-dayangnya sedang bermain di pekarangan taman diraja.Ya, puteri itu sangat cantik, matanya bulat, penuh dan bercahaya seperti bulan mengambang, keningnya cantik seperti dilukis, bibirnya munggil dan merah bak delima, alis matanya lentik seperti bulan sabit, kulitnya putih seputih salju dan mulus seperti kain sutera, kukunya runcing, rambutnya panjang dan ikal mayang itulah keistimewaan Puteri Fazura, kecantikan puteri bongsu Raja Iskandar itu menjadi buah mulut rakyat di negeri Qiara, hinggakan ada putera-putera dari negeri lain yang pernah untuk melamar Puteri Fazura merajuk dan tidak mahu berkahwin sampai bila- bila, gara-gara lamarannya di tolak mentah-mentah. Bagi Puteri Fazura dia masih belum temui cinta sejatinya lagi, sedang leka bermain tiba-tiba negeri Qiara digemparkan dengan jeritan seekor raksasa,”Fazura!!!Fazura!!!!”, Puteri Fazura sangat terkejut bagaimana raksasa itu boleh tahu namanya, tiba-tiba ada seorang budak lelaki menyapanya, ”Kak!mama panggil” dia menoleh ke belakang, adiknya Daniel yang dari tadi terpacak di depan muka pintu biliknya kelihatan pelik melihat perangai kakaknya yang dari tadi tidak menghiraukan panggilan mamanya, ’Ish, orang tengah sedap-sedap berangan kacau betul la,   ’ gerutu hatinya. ”Ya, mama,”dia sudah keluar dari biliknya dan ingin menuruni tangga, Puan Atasha yang dari tadi sibuk meyusun pinggan terus menoleh kearah anak gadisnya yang baru turun itu, ”kamu buat apa fazura,mama panggil dari tadi tidak menyahut lansung”Puan Atasha bertanya dalam nada yang kurang senang, fazura jelas menunjukkan riak serba salahnya kerana tidak menyahut panggilan mamanya, ”faz, dalam tandas tadi, ”bohongnya, ”Dalam tandas ataupun sedang berangan ”teka mamanya, fazura hanya tersengih mendengar tekaan mama nya, 'Macam mana mama tahu’soalnya di dalam hati, Puan Atasha yang dari tadi melihat sengihan anaknya yang cute itu terus memberi arahan, ”Ni, tolong mama basuh sayur ni” arah Puan Atasha kepada fazura yang dari tadi tersengih, fazura hanya akur sahaja terhadap arahan mamanya, ”Alangkah segarnya daun ini kan Kenanga, ”Tanya Puteri Fazura kepada Kenanga  dayangnya yang sering membantu nya, ”Ya, betul tu Tuan Puteri, sungguh segar daun ini, ”jawab Kenanga, ”Kita mahu masak apa hari ni Kenanga?” soal puteri fazura lagi, ”Hah!hari ni kita masak sayur  kangkung ya, Tuan Puteri, cepat sikit buat kerja tu jangan nak berangan sahaja!” Puan Atasha sudah pun berdiri disebelah fazura yang dari tadi bercakap sendiri seperti orang tidak betul, ”Ish,mama ni beri la salam dulu,buat faz terkejut je, kalau sepuluh kali mama buat macam tu, sepuluh kali faz meninggal sakit jantung, ”fazura sudah pun mebebel kepada mamanya, Puan Atasha hanya tersenyum melihat gelagat anaknya,’ada ke patut dah meninggal boleh hidup balik?’omel Puan Atasha di dalam hati.

             Tepat pukul 12.00 tangah hari Encik Iskandar sudah pun pulang, Encik Iskandar berkeja sebagai Arkitek, ”Abang nak makan?” sapa Puan Atasha kepada suaminya, mereka sekeluarga sudah pun berada di  meja makan, ”Ermmm,sedap baunya, ” komen Encik Iskandar, ”Sedapkan bang, teka la sapa yang tolong tasha masak?” Tanya Puan Atasha kepada suaminya, dahi Encik Iskandar berkerut-kerut meneka siapa yang menolong isterinya memasak, Puan Atasha yang geli hati melihat gelagat suaminya berkerut dahi memikir terus berkata ” Hai! abang ni siapa lagi kalau bukan anak dara abang yang seorang ni, ” kata Puan Atasha, Daniel yang dari tadi diam terus menyampuk, ” Hah!kakak memasak? wah! hebat sanggup cemar duli tidak mahu masuk dapur”seloroh Daniel, ada gelak kecil dihujung ayatnya, Puan Atasha dan Encik Iskandar hanya tergelak mendengar kata Daniel, fazura yang dari tadi tidak menyampuk, terus memuncung, kalau diukur muncungnya itu boleh dikira sedepa panjangnya, Puan Atasha yang menyedari perubahan riak wajah fazura terus memujuk, ”ermmm...sedap anak mama masak, ” Puan Atasha sudah pun menyuap suapan pertama itu, fazura yang dari tadi memuncung kerana diperli terus tersenyum, setelah selesai menikmati makanan tengahari,fazura terus berlari menuju kebilik,

2 comments:

  1. BESTNYA.................. NAK JADI TUAN PUTERI JUGAK LA. ;-)

    ReplyDelete
  2. cawan biru join this blog http://akubukananakpatung.blogspot.com/

    ReplyDelete